Thursday, July 9, 2009

........

( jepah, piji, bai, ayien, lek tuan) another one year to go...

ayien


Wednesday, July 8, 2009

ayien mabuk ke??


lokasi: kuching, sarawak..


aku gi makan 'rojak kucai' kat sebuah restoran bersama isaac, wifey, kakak ipar aku, mak mertua aku dan echa...
mak cik sebelah dah cuak kata aku order beer...

gambar kontroversi

aku cuma order teh ais limau je.. cawan je beer.. kalu betul la tu beer..aku rase lek tuan mesti terus sujud kat kaki aku sebab aku boleh minum beer pakai straw je..:)

ayien

Tuesday, July 7, 2009

dilarang melarang


masih kah ko ingat...

kata kata abang jib semasa dia naik pangkat jadi PM dulu...

yup..memang betul dia dah lepas 13 tahanan..tapi masih ada lagi orang yang meringkuk dalam ISA...

dan kini, sesiapa yang cuba membawa idea komunis atau membawa Chin Peng balik ke malaysia akan dikenakan ISA...

masihkah ko ingat..

yang abang jib nak kaji balik pasal ISA.. tapi apa yang dikaji pun aku tak tau..





ayien

Re-adaptasi newsletter julai 2009

helaian 1helaian 2
helaian 3

helaian 4
photostat dan sebarkan!!!!

Sunday, July 5, 2009

perang kembali

baru habis holiday..
skang nak perang balik dah..
selamat berperang ayien...

ayien

Monday, June 22, 2009

aku beli jam baru

hari ni aku beli jam baru kat billion... CASIO F-91W


sebab aku beli jam ni-->

United States intelligence officials have identified the F91W as a watch that terrorists use when constructing time bombs This association was highlighted in the Denbeaux study, and may have been used in some cases at the Guantanamo Bay detention camp An article published in the Washington Post in 1996 reported that Abdul Hakim Murad, Wali Khan Amin Shah, and Ramzi Ahmed Yousef had developed techniques to use commonly available Casio digital watches to detonate time bombs.

--dari wikipedia

Saturday, June 20, 2009

keunikan rakyat malaysia...

benda macam ni bukan ada kat sini je.. dah serata malaysia aku pegi suma benda yang sama gak..
semalam aku makan kat mamak spicey depan kb mall..makan ngan wifey dan anak tercinta.. aku pesan roti canai telur..aku tak nak cita pasal kesedapan roti tu tapi aku nak cite pasal ada satu brader ni... datang lagi lewat dari aku..pastu tah ape benda dia order aku tak dengar.. tapin mula-mula dia tunggu sambil bersembang ngan member dia, dia okay.. agak dalam 10 minit, masa tu roti aku pun tak sampai lagi..dan suasana kat retoran tu memang padat dengan manusia yang lapar dan pekerja/pelayan restoran tu hanya ada dua orang je.. sebok diorang berlari sana sini untuk kesenangan orang yang lapar..okay..berbalik pada brader tadi.. aku tgk muka dia dah macam nangka yang dah masak..muka panas..dia panggil salah seorang pelayan restoran kat situ yang berasal dari pakistan agak nya.. aku tgk dari jauh.. aku tgk brader tu marah pelayan tadi sebab makan dia tak sampai lagi..dia sound pelayan tu kuat gila..sampai setengah dari restoran tu pandang..aku pun pandang jugak sambil hirup teh ais aku.. muka si pelayan tu dah kelat..dan kena terima je tomahan brader tadi.. aku tgk pelayan tu letih semacam..mesti penat duk melayan orang..
benda macam ni aku rasa semua restoran kat malaysia berlaku.. apa sebabnya? orang tak sabar kot? atau perut lapar tahap harimau? tapi walaupun lapar kita kena paham perasaan dan tenaga orang lain.. bukan sengaja dia nak melambatkan hantaran makanam kita.. mungkin restoran tu ramai orang gila babi..atau si tukang masak yang lambat..jadi aku rasa kita takde hak nak marah si pelayan restoran.. kalau kita la..penat buat keje pastu orang marah kita tiba-tiba..mesti rasa macam nak bagi orang tu makan kasut kan??! cuba kalau kita bagi senyuman pada pelayan tadi.. mesti sejuk hati dia.. sebab diorang bekerja untuki sesuap nasi beb..bukan saja-saja nak keje...
aku berniat nak tulois pasal benda ni..sebab aku rase satu malaysia @ dunia dah terjadi macam ni.. kita tak berubah? egoistik... dan sebab aku tulis jugak kerna aklu dulu pernah bekerja sebagai seorang pelayan restoran kat sepang sebelum aku masuk USM..cari duit sendiri..nak revolusi..dan aku pun pernah kena marah macam pelayan yang aku cite tadi.. dan aku dimarah oleh seorang yang bekerja dipejabat yang menggangap dirinya lebih tinggi dari aku...
inilah keunikan rakyat malaysia...

jadi, visit-lah malaysia..

ayien